Prosedur : Kemasukan Borang 14A (pindahmilik) , 16A (gadaian) , 16N (melepaskan gadaian) , PH30A (perletak hakkan), dokumen P.A (power of attorney)

Ringkasan

Menerima borang-borang dan dokumen daripada kaunter setelah proses awalan dan Kemasukan dilakukan setelah dokumen-dokumen yang diperlukan adalah lengkap.
Url Address:

Tempoh Proses

2 minggu

Bayaran

- Bayaran pindahmilik (14A) adalah mengikut nilaian harga tanah semasa.
- Bayaran gadaian (16A) adalah mengikut bayaran fail RM 1,040.00 dan bayaran mengikut nilaian pinjaman.
- Bayaran melepaskan gadaian (16N) adalah RM 160.00
- Bayaran PH30A adalah RM 1,000.00
- Bayaran P.A adalan RM 500.00

Syarat-syarat

Warganegara Malaysia, cukup umur 18 tahun ke atas.

Langkah-langkah

- Ambil no. giliran di kaunter,
- Tunggu no. giliran dipanggil di kaunter pendaftaran, dokumen disemak dan resit dibuat serta bayaran dilakukan di kaunter hasil.
- Resit bayaran di serahkan di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan perserahan awalan.

Dokumen Diperlukan

14A – borang asal, sijil setem, notis tafsiran, geran asal, e-selamat, akaun sumpah, salinan surat beranak dan salinan kad pengenalan bapa (jika i/c bukan Kelantan), kebenaran exco/ carian sejarah (jika berkaitan).

16A – borang asal gadaian dan Salinan, dokumen gadaian, geran asal dan akuan sumpah gadaian.

16N – borang asal, Salinan 16A terdahulu dan geran asal.

PH30A – borang asal, dokumen perletakhakkan.

P.A – dokumen asal P.A dan dokumen Salinan P.A

Senarai Dokumen/Borang Berkaitan

Bil Nama Dokumen Nama Urusan Size Dokumen Hits Muatturun Dalam Talian

Tiada Dokumen/Borang Berkaitan.