1. Untuk Pembayaran Tahun Hadapan Anda Tidak Perlu Lagi Membuat Carian Hakmilik kerana Anda Telah Simpan Nombor Akaun Pembayaran dan Detail Hakmilik di dalam Akaun hasiltanah.kelantan
Url Address:https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
Tempoh Proses
1 Hari Bekerja
Bayaran
Bergantung kepada bilangan nombor hakmilik dan syarat hakmilik
Syarat-syarat
Menyelesaikan Sebarang Tunggakan Hasil Tanah
Langkah-langkah
1. Layari Laman Website. www.hasiltanah.kelantan.gov.my
2. Klik Butang 'Daftar' - (Daftar untuk Pengguna Kali Pertama)
3. Isi Maklumat yang Diminta dan Simpan Maklumat Tersebut.
4. Selesai Isi Semua Maklumat Klik Pada Butang Daftar
5. Pengesahan Pendaftaran akan Dihantar ke Alamat Email Anda untuk Diaktifkan Akaun Anda
6. Log masuk ke Akaun hasiltanah.kelantan
7. Buat Carian dan Masukkan hakmilik seperti Berikut: ( Jajahan / Mukim / Jenis Hakmilik / Nombor Hakmilik )
8. Kemudian Klik pada Butang Cari
9. Paparan Maklumat Hakmilik akan Ditunjukkan
10. Tanda pada Kotak untuk Pilih Senarai Hakmilik Tersebut untuk Simpan di Dalam Akaun Anda
11. Untuk Proses Bayaran:
- Tick (Tandakan ) pada Hakmilik Tersebut untuk Teruskan Pembayaran
- Klik pada Butang 'Pilih' Kemudian Klik pada 'Teruskan Dengan Bayaran'
- Kaedah Bayaran adalah Mengunakan Sistem FPX
- Resit Bayaran akan Diberikan Secara Elektronik Setelah Pembayaran Berjaya Dilakukan
- Simpan Selamat Resit Bayaran Cukai Tanah Anda
Dokumen Diperlukan
Maklumat Hakmilik (Resit Hasil Tahun Sebelum / No Kad Pengenalan Pemilik / Mukim & No Hakmilik / Geran Tanah )