Prosedur : Penyaksian 14A

Ringkasan

Proses: 1 Hari Bekerja
Url Address:

Tempoh Proses

1 Hari Bekerja

Bayaran

Tiada Bayaran Dikenakan

Syarat-syarat

Borang 14A yang Telah Lengkap Diisi

Langkah-langkah

1. Ambil No. Giliran
2. Tunggu No. Giliran
3. Buat Penyaksian Setelah No. Giliran Dipanggil
4. Semak Borang 14A Sebelum Meninggalkan Bilik Penyaksian

Dokumen Diperlukan

1. Salinan Kad Pengenalan Tuan Tanah ( Penolak) dan Penerima Tanah (Penerima) bagi Urusan Jual Beli
2. Sijil Pengesahan Anak Kelantan / Satu Salinan Surat Beranak Penerima dan Satu Salinan Kad Pengenalan Bapa Penerima bagi Pindahmilik Tanah kepada Penerima yang Lahir di Luar Kelantan dan Bapanya Seorang Melayu yang Lahir di Kelantan.
3. Pengesahan E-Selamat Penolak dan Penerima
4. Bagi Tanah atau Hakmilik yang Mempunyai Sekatan Kepentingan, Sediakan Sijil Asal Kelulusan Exco yang Telah Diluluskan
5. Akuan Berkanun Penolak
6. Geran Tanah Asal