Prosedur : Permohonan Pendaftaran Perintah Mahkamah.

Ringkasan

Permohonan dari pelanggan untuk mendaftarkan perintah-perintah dari Mahkamah.
Url Address:

Tempoh Proses

14 hari (bagi permohonan yang lengkap untuk didaftarkan).

Bayaran

RM100.00 bagi setiap lot tanah dan mungkin berbeza mengikut perintah.

Syarat-syarat

Perintah Mahkamah asal yang lengkap dan valid untuk kemasukan dan pendaftaran perintah mahkamah.

Langkah-langkah

a) Perintah Mahkamah disemak oleh petugas kaunter 6 dan resit bayaran dikeluarkan untuk pembayaran urusan di kaunter Hasil.
b) Setelah pembayaran dibuat, resit bayaran diserahkan di kaunter 6 dan penyata perserahan dikeluarkan untuk urusan tersebut.
c) Semua dokumen untuk urusan pendaftaran Perintah Mahkamah diterima dan diserahkan kepada kakitangan bertanggungjawab untuk membuat kemasukan bagi permohonan tersebut ke sistem SPTB.
d) Setelah kemasukan dibuat, ia akan didaftarkan oleh Pendaftar/Penolong Pentadbir Tanah.

Dokumen Diperlukan

a) Perintah Mahkamah asal atau Salinan Perintah Mahkamah yang disahkan (Salinan Diakui Sah) oleh Mahkamah.
b) Geran asal lot terlibat.
c) Resit bayaran.

Senarai Dokumen/Borang Berkaitan

Bil Nama Dokumen Nama Urusan Size Dokumen Hits Muatturun Dalam Talian

Tiada Dokumen/Borang Berkaitan.