Prosedur : Permohonan Taraf Anak Kelantan.

Ringkasan

Pemohon yang dilahirkan di luar Kelantan tapi ingin membeli tanah di Kelantan.
Url Address:

Tempoh Proses

2 hari sekiranya memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam borang permohonan

Bayaran

Permohonan baru - RM180.00
Perbaharui Sijil - RM40.00

Syarat-syarat

Menetap/Bekerja di Kelantan lebih 15 tahun sehingga tarikh permohonan tanpa putus.

Langkah-langkah

Pemohon perlu hadir ke Pejabat Tanah untuk mendapatkan borang dan membuat permohonan.

Dokumen Diperlukan

1- Salinan kad pengenalan
2- Salinan Sijil Kelahiran
3- Salinan Kad Pengenalan ibubapa atau sijil kematian – jika berkaitan
4- Jika berkahwin:-
4.i - Salinan sijil perkahwinan
4.ii - Salinan kad pengenalan pasangan
4.iii - Salinan surat beranak anak-anak
5- Surat-surat pengesahan:-
5.i - Borang akuan
5.ii - Salinan surat kemasukan/ berhenti sekolah
5.iii - Surat Sokongan/Pengesahan Penghulu, Penggawa & Iman
5.iv - Lain-lain dokumen rasmi yang boleh membuktikan menetap di Kelantan
5.v - Salinan geran

Senarai Dokumen/Borang Berkaitan

Bil Nama Dokumen Nama Urusan Size Dokumen Hits Muatturun Dalam Talian

Tiada Dokumen/Borang Berkaitan.